Amalan Berselawat Ke Atas Rasulullah ﷺ
AMALAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH ﷺ
Berselawat ialah antara ibadah yang paling mudah dilakukan, namun ganjarannya amat besar.
Allah SWT sendiri memerintahkan orang-orang yang beriman supaya berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksud: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkanlah salam penghormatan dengan sepenuhnya." — Surah al-Ahzab: 56
KELEBIHAN AMALAN BERSELAWAT
Mendapat rahmat Allah sebanyak sepuluh kali bagi setiap satu selawat.
Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksud: "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali." — Riwayat Muslim (408)
Dihapuskan dosa dan diangkat darjat.
Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Maksud: "Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat baginya sepuluh darjat." — Riwayat al-Nasa'i (1297), dinilai sahih
Lebih dekat dengan Rasulullah ﷺ pada hari kiamat.
Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً
Maksud: "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku." — Riwayat al-Tirmizi (484), hasan
Menjadi sebab doa dimakbulkan, kerana para ulama menganjurkan memulakan dan menutup doa dengan pujian kepada Allah serta selawat ke atas Nabi ﷺ.
