Galakan Perbanyakkan Berselawat Di Hari Jumaat
GALAKAN PERBANYAKKAN BERSELAWAT DI HARI JUMAAT
Daripada Abu Umamah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat.
Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga)."
(Riwayat al-Baihaqi)
