Refleksi Sebuah Solat
Refleksi Sebuah Solat
1. Qiyam (Berdiri)
Ketika berdiri di hadapan Allah, kita belajar:
Mengawal diri.
Bersabar dan bertahan.
Istiqamah di atas kebenaran.
Tidak mudah menyerah kepada tekanan dan ujian.
Seorang mukmin berdiri teguh seperti dia berdiri dalam solatnya.
Allah berfirman:
وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
"Dan berdirilah kerana Allah dalam keadaan penuh taat."
(Surah al-Baqarah: 238)
Qiyam mendidik kita bahawa kehidupan memerlukan keteguhan pendirian, bukan mengikut hawa nafsu dan emosi.
2. Ruku'
Ketika ruku', kita merendahkan diri di hadapan Allah.
Ruku' mengajar kita:
Menerima ketentuan Allah.
Tidak sombong dengan kelebihan yang ada.
Mengurangkan pergantungan kepada makhluk.
Tidak meletakkan harapan berlebihan kepada manusia.
Sering kali keresahan datang kerana terlalu banyak berharap kepada manusia, jawatan, harta atau pujian.
Semakin bergantung kepada Allah, semakin tenang hati.
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
"Barang siapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah mencukupkannya."
(Surah at-Talaq: 3)
Ruku' mengajar kita bahawa ketenangan lahir apabila kita belajar menerima dan berserah kepada Allah.
3. Sujud
Sujud adalah kedudukan paling mulia walaupun secara zahirnya paling rendah.
Ketika sujud kita belajar:
Mengenal hakikat diri.
Menyedari kelemahan dan kehinaan diri di hadapan Allah.
Redha dengan ketentuan-Nya.
Memohon pertolongan hanya daripada-Nya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ
"Keadaan paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sujud."
(Riwayat Muslim)
Sujud mengajar bahawa kebahagiaan bukan dengan meninggikan diri, tetapi dengan merendahkan diri di hadapan Allah.
