Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (sst) / Award


Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (sst) / Award

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) / AWARD KERJA
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kerja Pembekalan, Pemasangan, Pengujilarian dan Pentauliahan Sistem Penyaman Udara di Masjid Ar-Rashid, Serkam Darat telah dianugerahkan kepada:

MNS Enterprise (UT0013897-M)
Wakil Syarikat:
Abdul Hafiz Bin Abu
Pengarah, MNS Enterprise
Mohd Nazri Mohd Salehin
Juruteknik, MNS Enterprise

Skop Kerja: Pembekalan, pemasangan, pengujilarian serta pentauliahan 8 unit penghawa dingin jenis Ceiling Expose jenama Acson R32 Non-Inverter 3.5HP Single Phase beserta kerja-kerja berkaitan sehingga siap dan berfungsi dengan sempurna.

Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar, menepati spesifikasi yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada para jemaah dan komuniti setempat.

"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman."
(Surah At-Taubah: 105)
Masjid Ar-Rashid Serkam Darat
Bersama Memakmurkan Rumah Allah