Selamat Hari Guru 2026
SELAMAT HARI GURU 2026
“Guru Bitara Nadi Negara”
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh guru di Malaysia yang telah mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu tanpa mengenal penat dan jemu.
Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar kami secara langsung di sekolah, kuliah dan kelas pengajian, juga kepada mereka yang mendidik kami secara tidak langsung melalui nasihat, tulisan, dakwah, media dan contoh teladan yang baik.
Sesungguhnya jasa seorang guru amat besar nilainya dalam membentuk insan, membina akhlak dan menerangi kehidupan dengan cahaya ilmu.
Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan umur, kesihatan yang baik, ganjaran pahala yang berpanjangan serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mulia.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
Ikhlas daripada
Pegawai Syarak,
Barisan Pengurusan dan
Komuniti Pencinta Ilmu
Masjid Ar Rashid
